Wednesday, December 6, 2006

Perancangan...

Dalam usaha untuk menjayakan sesuatu pekerjaan atau perniagaan tetap memerlukan perancangan walau sedikit. Cerdik pandai selalu berkata, 'Gagal Untuk Merancang bererti Merancang Untuk Gagal'. Ya, sudah tentu ramai walaupun tidak semua akan bersetuju dengan pernyataan ini. Saya sangat bersetuju.
Paling tidak pun, perancangan kecil pun perlu sebelum memulakan. Walaupun tidak semua perancangan akan diakhiri dengan kejayaan. Itu sudah lumrah ataupun hukum alam dan tidak siapa mampu menafikannya. Kita merancang dan Tuhan menentukannya. Walaupun gagal setelah merancang, tetapi kita sudah tentu akan dapat memperbaiki kesilapan kita bersandarkan perancangan yang telah kita buat sebelum ini. Tetapi, bagaimana kalau kita langsung tidak merancang, kita akan hilang arah untuk memperbaiki kesilapan kerana sudah kehilangan punca. Mungkin tidak semua orang menghadapi masalah ini, tetapi peratusannya bagi saya amat sedikit.
Ramai kawan saya dan termasuk pengalaman saya sendiri yang tidak merancang dahulu untuk melakukan sesuatu perniagaan yang akhirnya tak sampai separuh jalan, 'lesap'...Perniagaan ke mana, orang pun entah ke mana. Melakukan perniagaan semata-mata kerana 'excited' melihat kejayaan orang lain memang bagus pada asalnya untuk membina semangat tetapi tetap memerlukan perancangan.
Mungkin juga kejayaan seseorang tidak 100% hasil perancangan yang telah dibuat, tetapi ia tetap bermula dari sebuah perancangan asal. Bermakna perancangan asal telah diperbetulkan. Bagaimana sekiranya langsung tiada perancangan?...

No comments: